
A GOGOH `N` NIGHT WALK 2016
GOGOH adalah satu perkataan orang melayu berketurunan Jawa yang bermakna menggagau / menangkap ikan secara tradisional yang biasa di lakukan oleh penduduk kampong selepas padi di tuai.
Night Walk adalah Aktiviti berjalan malam di sekitar sawah padi untuk melihat dan mengenali flora dan fauna serta menikmati keindahan dan merasai ketenangan di waktu malam.
Lokasi di kampong Sg Hj Dorani, Sg Besar, Selangor.
KAMI MENYEDIAKAN BEBERAPA PAKEJ ISTIMEWA SEPERTI BERIKUT;
1.PAKEJ LAWATAN SEHARI;
– bermula jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.
– melawat ke bengkel membuat kueh melayu tradisional dan kilang nata de coco.
– makan tengahari menu Kampong Pusat Aktiviti Homestay
– aktiviti mewarna batik canting, menumbuk padi,bermain layang-layang dan menggagau ikan di sawah padi dan tamat aktiviti selepas minum petang.
Harga RM 65.00 seorang ( min. 40 orang)
2.PAKEJ KELIP – KELIP ( SEHARI )
Bermula jam 04.00 petang hingga 9.30 malam.
-Ketibaan tetamu di Pusat Aktiviti Homestay dan minum selamat datang.
– seterusnya mengadakan aktiviti aktiviti menggagau ikan di sawah padi, selepas itu tetamu akan menikmati makan malam menu kampong sebelum melihat kelip-kelip di Sg Bernam.
Harga RM 65.00 seorang ( min. 40 orang)
3.PAKEJ 2 HARI 1 MALAM ;
Bermula dari jam 10.00 pagi pada hari pertama,
– minum selamat datang.agihan penginapan,makan tengahari di rumah keluarga angkat.
– Pada sebelah petang aktiviti mewarna batik canting, menumbuk padi, memancing ikan danbermain layang-layang.selepas makan malam aktiviti Berjalan malam di sawah padi dan menginap di Homestay.
Pada hari kedua, selepas sarapan , melawat ke bengkel membuat kueh melayu tradisional dan kilang nata de coco. Aktiviti di jangka tamat jam 11.00 pagi.
Harga RM 120.00 seorang ( min. 40 orang )
4.PAKEJ KELIP – KELIP ( 2 hari 1 malam )
Bermula dari jam 10.00 pagi pada hari pertama,
– Ketibaan tetamu di Pusat Aktiviti Homestay dan minum selamat datang
-.agihan penginapan dan makan tengahari di rumah keluarga angkat.
– Pada sebelah petang aktiviti demo memasak kueh bahulu dan minyak kelapa secara tradisional, selepas itu aktiviti menggagau ikan di sawah padi, selepas makan malam tetamu akan di bawa ke Sg Bernam untuk melihat Kelip- Kelip seterusnya tetamu akan menginap di Homestay.
Pada hari kedua, selepas sarapan pagi ,tetamu akan di bawa melawat bengkel membuat kueh melayu tradisional dan kilang nata de coco. Aktiviti di jangka tamat jam 11.00 pagi.
Harga RM 120.00 seorang ( min. 40 orang )
5.PAKEJ ISTIMEWA KELIP – KELIP ( 2 hari 1 malam )
Bermula dari jam 02.00 petang pada hari pertama,
– Ketibaan tetamu di D`IDAMAN CHALET , minum selamat datang dan Check-in.
– selepas berehat tetamu akan mengadakan aktiviti mewarna batik canting.
– selepas makan malam tetamu akan di bawa ke Sg Bernam untuk melihat Kelip- Kelip
– seterusnya tetamu akan kembali ke tempat penginapan untuk bermalam.
Pada hari kedua, selepas sarapan pagi ,tetamu akan di bawa melawat bengkel membuat kueh melayu tradisional dan kilang nata de coco.
-Tetamu akan di bawa ke Restoran LEMBAH BERNAM untuk menikmati makanan Exzotik yang jarang di temui di tempat lain seperti landak, rusa, kijang atau pelanduk.
( makanan yang di hidangkan bergantung kepada stock yang ada )
Aktiviti di jangka tamat jam 1.00 petang.
Harga RM 250.00 seorang ( min. 40 orang )
6.PAKEJ KHAS KELIP – KELIP
( 2 hari 1 malam – untuk 2-10 orang) Bermula dari jam 02.00 petang pada hari pertama,
– Ketibaan tetamu di D`IDAMAN CHALET , Check-in. dan minum selamat datang .
– selepas berehat tetamu akan mengadakan aktiviti mewarna batik canting.– Tetamu akan menikmati makan malam di restoren / warong dalam kampong.– selepas makan malam tetamu akan di bawa ke Sg Bernam untuk melihat Kelip- Kelip- seterusnya tetamu akan kembali ke tempat penginapan untuk bermalam.
Pada hari kedua, Tetamu akan menikmatii Nasi Lemak , roti canai dan tea tarik di restoren / warung orang kampong semasa sarapan pagi selepas itu,,tetamu akan di bawa melawat bengkel membuat kueh melayu tradisional dan kilang nata de coco.
-Tetamu akan di bawa ke Restoran LEMBAH BERNAM untuk menikmati makanan Exzotik yang jarang di temui di tempat lain seperti landak/ rusa / kijang atau pelanduk.( makanan yang di hidangkan bergantung kepada stock yang ada )
Aktiviti di jangka tamat jam 1.00 petang.
Harga RM 280.00 seorang .
7.PAKEJ 3 HARI 2 MALAM
;Bermula jam 04.00 petang,Ketibaan tetamu,minum selamat datang dan agihan penginapan di rumah keluarga angkat dan makan malam di Homestay.Seterusnya tetamu akan berkumpul di Pusat aktiviti Homestay untuk aktiviti jalan malam di sawah padi.dan bermalam di homestay.
Pada hari kedua,selepas sarapan aktiviti mewarna batik canting, menumbuk padi, makan tengahari, bermain layang-layang ,mengagau ikan di sawah padi, dan selepas makan malam tetamu akan di persembahkan dengan tarian kebudayaan –kuda kepang ( Optional RM 500.00 jika jumlah pelawat kurang 40 orang )
Pada hari ketiga, selepas sarapan , melawat ke bengkel membuat kueh melayu tradisional dan kilang nata de coco Aktiviti tamat selepas makan tengahari jam 02,00 petang.
Harga RM 198.00 seorang ( min. 40 orang )
PERSEMBAHAN KUDA KEPANG JIKA PELAWAT KURANG DARI 40 ORANG YANG BERBAYAR.
AKTIVITI TAMBAHAN :
AKTIVITI KEBUDAYAAN HARGA
KOMPANG DAN BUNGA MANGGAR RM 200.00
SILAT JAWA RM 400.00
KUDA KEPANG RM 500.00
TARIAN MELAYU RM 850.00
GAMELAN / WAYANG KULIT RM 850.00
PERSANDINGAN PENGANTIN( Termasuk set pelamain rengkas, baju pengantin, kompang, bunga telor, silat pengantin dan set tepong tawar ) RM 1500.00
SYARAT TEMPAHAN:
Tempahan awal lawatan berkumpulan boleh di buat 1 bulan dari tarikh lawatan dengan bayaran pendahuluan sebanyak 50 % dari harga pakej yang di tawarkan. dan baki bayaran tersebut hendaklah di bayar pada atau sebelum tarikh lawatan. Semua bayaran mestilah di buat diatas nama :
DORANI HOMESTAY AND MANAGEMENT
3.kami boleh menerima pelawat berkumpulan yang menginap seramai 80 orang dalam satu masa dan minima tetamu untuk satu keluarga angkat adalah 4 orang.
4.bayaran diatas adalah tidak termasuk penggunaan kenderaan tempatan .
Sebarang pertanyaan dan kemuskilan bolehlah hubungi saya di talian talipon seperti diatas.
Abd Rahman Daud
Penyelaras Dorani Homestay
H/P: 0136077025.
Leave a Reply