
A GOGOH `N` NIGHT WALK 2019
GOGOH adalah satu perkataan orang melayu berketurunan Jawa yang bermakna menggagau / menangkap ikan secara tradisional yang biasa di lakukan oleh penduduk kampong selepas padi di tuai.

Night Walk adalah Aktiviti berjalan malam di sekitar sawah padi untuk melihat dan mengenali flora dan fauna serta menikmati keindahan dan merasai ketenangan di waktu malam.
Lokasi di kampong Sg Hj Dorani, Sg Besar, Selangor.
Kami menyediakan beberapa pakej istimewa seperti berikut-
1. PAKEJ LAWATAN SEHARI ( A )
– bermula jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.
– minum pagi dan melawat kebun jagong
– makan tengahari menu Kampong Pusat Aktiviti Homestay
– Aktiviti menebar roti canai
– aktiviti menggagau ikan di sawah padi.
– Minum petang dan tamat aktiviti. Harga dari RM 55.00 seorang ( min. 40 orang )
PAKEJ TERMASUK | PAKEJ TIDAK TERMASUK |
– Semua aktiviti diatas – Minum Petang. | – Kenderaan semasa di Dorani Homestay |
2. PAKEJ LAWATAN SEHARI ( B)
– bermula jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.
– melawat ke bengkel membuat kueh melayu tradisional dan kilang nata de coco.
– makan tengahari menu Kampong Pusat Aktiviti Homestay
– aktiviti mewarna batik canting, menumbuk padi,bermain layang-layang dan menggagau ikan di sawah padi dan tamat aktiviti selepas minum petang.
Harga dari RM 75.00 seorang ( min. 40 orang )
PAKEJ TERMASUK | PAKEJ TIDAK TERMASUK |
Semua aktiviti diatas Minum Petang. | Kenderaan semasa di Dorani Homestay |
3. PAKEJ 2 HARI 1 MALAM ;
Bermula dari jam 10.00 pagi pada hari pertama,
– minum selamat datang.agihan penginapan dan makan tengahari di rumah keluarga
angkat.
3.00ptg.- aktiviti mewarna batik canting, menumbuk padi, menggagau ikan
8.00 mlm- makan malam
9.00mlm- aktiviti berjalan malam di sawah padi
10.30 mlm- kudapan,rehat dan bermalam dengan keluarga angkat.
Pada hari kedua,
8.00 pagi- sarapan pagi.
9.30 pagi- melawat ke bengkel membuat kueh melayu tradisional dan kilang nata de coco.
– aktiviti di jangka tamat jam 11.00 pagi.
Harga dari RM 125.00 seorang ( min. 40 orang )
PAKEJ TERMASUK | PAKEJ TIDAK TERMASUK |
Semua aktiviti diatas Minum Selamat Datang Penginapan di Homestay ( Keluarga Angkat ) | Kenderaan semasa di Dorani Homestay |
4. PAKEJ 3 HARI 2 MALAM ;
Bermula jam 04.00 petang,Ketibaan
tetamu,minum selamat datang dan agihan penginapan di rumah keluarga angkat
8.00 malam- makan malam
9.00 malam- aktiviti jalan malam di sawah padi.
10.30 malam- rehat, kudapan dan bermalam di homestay.
Hari kedua,
8.00 pagi- sarapan pagi.
9.30 pagi- aktiviti mewarna batik canting dan menumbuk padi.
12.30 tgh- makan tengahari.
3.00 ptg- bermain layang-layang dan mengagau ikan di sawah padi.
8.00 malam- selepas makan malam.
9.00 malam- persembah tarian kebudayaan –kuda kepang
( Optional RM 500.00 jika jumlah pelawat kurang 40 orang )
Hari ketiga.
8.00 pagi-sarapan pagi.
9.30 pagi- melawat ke bengkel membuat kueh melayu tradisional dan kilang nata de coco. 12.00 tgh- makan tengahari dan tamat aktiviti.
Harga dari RM 220.00 seorang ( min. 40 orang )
PAKEJ TERMASUK | PAKEJ TIDAK TERMASUK |
– Semua aktiviti diatas Minum Selamat Datang – Penginapan di Homestay ( Keluarga Angkat ) | – Kenderaan semasa di Dorani Homestay – PERSEMBAHAN KUDA KEPANG JIKA PELAWAT KURANG DARI 40 ORANG YANG BERBAYAR. |
Makluman:
- Harga untuk semua pakej diatas adalah untuk harga pelancong tempatan.
- Harga untuk pelancong luar perlu di tambah RM25.00 seorang bagi setiap pakej.
5) PAKEJ BATIK CANTING .( 2 hari 1 malam )
RM 250.00 seorang ( minima 4 orang )
- Pakej termasuk aktiviti membuat / mencanting batik,makanan dan penginapan.
*Harga untuk Agen / Syarikat pelancongan perlu di tambah.
6) KELAS MASAKAN ROTI CANAI ( 2 hari 1 malam )
RM 250 seorang ( 4 org /kelas )
Kelas membuat Roti Canai termasuk penginapan dan makanan.
*Harga untuk Agen / Syarikat pelancongan perlu di tambah.
AKTIVITI TAMBAHAN :
AKTIVITI KEBUDAYAAN | HARGA |
KOMPANG DAN BUNGA MANGGAR | RM 300.00 |
SILAT JAWA | RM 400.00 |
KUDA KEPANG | RM 600.00 |
TARIAN MELAYU | RM 850.00 |
GAMELAN / WAYANG KULIT | RM 850.00 |
PERSANDINGAN PENGANTIN ( Termasuk set pelamain rengkas, baju pengantin, kompang, bunga telor, silat pengantin dan set tepong tawar ) | RM 1500.00 |
SYARAT TEMPAHAN:
1. Tempahan awal lawatan berkumpulan boleh di buat 1 bulan dari tarikh lawatan dengan bayaran pendahuluan sebanyak 50 % dari harga pakej yang di tawarkan. dan baki bayaran
Tersebut hendaklah di bayar pada atau sebelum tarikh lawatan.
2. semua bayaran mestilah di buat diatas nama :
DORANI HOMESTAY AND MANAGEMENT
No Akaun : 562124150816.
Nama Bank : May Bank.
3.kami boleh menerima pelawat berkumpulan yang menginap seramai 80 orang dalam satu masa dan minima tetamu untuk satu keluarga angkat adalah 4 orang.
4. bayaran diatas adalah tidak termasuk penggunaan kenderaan tempatan .
Sebarang pertanyaan dan kemuskilan bolehlah hubungi saya di talian talipon seperti diatas.
Kerjasama tuan untuk menjayakan program ini adalah amat dialu alukan dan diucapkan terima kaseh
Leave a Reply